Tempahan Cenderahati
Langkah 1: Tempahan melalui E-mail
- Isi borang tempahan cenderahati dan hantar.
- Pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan proses seterusnya.
Langkah 2: Pembayaran dan Pengesahan
- Sebaik sahaja tempahan dibuat, invois akan dihantar kepada email anda. Anda dikehendaki membuat pembayaran 70% daripada jumlah keseluruhan bagi mengesahkan tempahan.
- (Perhatian-Sila semak dan pastikan segala butiran dalam borang adalah tepat. Selepas pembayaran 70%, anda tidak boleh membuat sebarang perubahan terhadap tempahan anda).
- Pembayaran 70% itu merupakan persetujuan untuk kami memproses tempahan anda berdasarkan borang tempahan anda. Salinan slip pembayaran hendaklah diemailkan ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
Langkah 3: Proses
- Proses menyiapkan cenderahati akan bermula setelah pembayaran deposit diterima. Jangkamasa penyiapan produk selama 1-2 bulan dari tarikh tempahan. (termasuk shipping ke Kuala Lumpur).
Langkah 4: Pengambilan @ Penghantaran
- Anda akan dihubungi melalui email apabila cenderahati anda siap.
- Anda dikehendaki membuat bayaran baki 30% apabila anda mengambil barang dengan kami @ apabila kami membuat penghantaran ke rumah anda melalui courier.
- Anda digalakkan mengambil barang di pejabat (Bandar Baru Bangi).
- Untuk proses penghantaran ke rumah caj tambahan akan dikenakan. (Sila rujuk page penghantaran)








